Ratib
Al-Haddad ini mengambil nama dari nama penyusunnya, yaitu Imam
Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang
terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib
Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar
Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib
ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau,
‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah untuk
membentengi dengan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk
kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada
ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama
kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota
Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Mesjid Al-Imam
Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun
1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa
dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum
solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat
Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib
al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut
selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila
Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun
mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan
dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di
Madinah. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa
yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan
terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali
(walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin
dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa
perbedaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini
terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh
pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi
ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa
yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan
kesulitan. Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib ini diselamatkan
Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
DOWNLOAD RATIB AL HADDAD DISINI
0 komentar:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.