Feb 23, 2014

SEBAB KAROMAH DI TAMPAKAN

" SEBAB KAROMAH DI TAMPAKAN"

Bismillah waal Hamdulillah waa Laa Illaha Illa lloh hu waa allohu Akbar...........

Langsung ke TKP....

Yang pertama referensi ini kami nukil kan dari kitab Majmu' Fatawa karangan Syaikh Ibnu Taimiyyah beliau seorang yg alim serta kecerdasannya di atas rata-rata... yg berkesan bagi diri ini terhadap beliau adalah keyakinan sebunuh hati kpd Alloh. sebagaimana ungapan beliau : ”Jika dibenakku sedang berfikir suatu masalah, sedangkan hal itu merupakan masalah yang muskil (sulit) bagiku, maka aku akan beristighfar seribu kali atau lebih atau kurang. Sampai dadaku menjadi lapang dan masalah itu terpecahkan. Hal itu aku lakukan baik di pasar, di masjid atau di madrasah. Semuanya tidak menghalangiku untuk berdzikir dan beristighfar hingga terpenuhi cita-citaku.” semoga kita dapat memetik ilmu-ilmu beliau....

Syaikh Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa 11/283 :

يقول شيخ الإسلام ابن تيمية: ومما ينبغي أنْ يُعرف أنّ الكرامات قد تكون بحسب الحاجة ، فإذا احتاج إليها الرجل لضعف الإيمان أو المحتاج إياه أتاه منها ما يقوي إيمانه ويسد حاجته ، ويكون من هو أكمل ولاية لله مستغنياً عن ذلك فلا يأتيه مثل ذلك لعلو درجته ، وغناه عنها لا لنقص ولايته ، ولهذا كانت هذه الأمور في التابعين أكثر منها في الصحابة بخلاف من يجري على يديه الخوارق لهدى الخلق وحاجتهم فهؤلاء أعظم درجة. (مجموع الفتاوى: ابن تيمية 11/283).

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah : ''“Dan di antara yang perlu diketahui adalah karomah ada kalanya bersesuaian dengan hajat seseorang. Apabila seseorang yang lemah imannya, atau orang yang sedang dalam keadaan memerlukan (terdesak), maka karomah pun ditampakkan di hadapannya dalam rangka agar keimanannya (terhadap kebenaran) bertambah kuat, dan keperluannya terpenuhi.

Manakala orang yang kewaliannya (ketaqwannya) terhadap Allah lebih sempurna, maka ia tidak diperlukan asbab ketinggian derajat. Oleh sebab itu, perkara-perkara ini berlaku ke atas para tabi’in lebih banyak berbanding di masa generasi shohabat. Berbeda dengan orang-orang yang diberi di hadapannya beberapa kemampuan tersebut, dengan tujuan sarana menuju hidayah kepada manusia dan untuk memenuhi keperluan mereka. Maka bagi mereka derajat yang agung.''

dan bukan perkara mudah seseorang hamba yg telah di berikan karomah oleh Alloh ada tiga efek bagi hamba yang mendapati karomah :

وأما ما يبتلي الله به عبده ، من السر بخرق العادة أو بغيرها أو بالضراء - فليس ذلك لأجل كرامة العبد على ربه ولا هوانه عليه ، بل قد سعد بها قوم إذا أطاعوه ، وشقي بها قوم إذا عصوه ، كما قال تعالى : فأما الإنسان إذا ما ابتلاه ربه فأكرمه ونعمه فيقول ربي أكرمن وأما إذا ما ابتلاه فقدر عليه رزقه فيقول ربي أهانن كلا [ الفجر : 15 - 17 ] .

ولهذا كان الناس في هذه الأمور ثلاثة أقسام : قسم ترتفع درجتهم بخرق العادة ، وقسم يتعرضون بها لعذاب الله ، وقسم يكون في حقهم بمنزلة المباحات ، كما تقدم . [شرح العقيدة الطحاوية » كرامات الأولياء » المحمود من الخوارق والمذموم والمباح : الجزء الثاني : ص: 749]

“Adapun ujian yang Allah berikan untuk para hamba-Nya berupa kegembiraan menerima karomah, dan yang lainnya, atau berupa kesusahan atas dirinya, itu semua bukanlah disebabkan kemuliaan atau kehinaan seseorang hamba di hadapan Allah. Tetapi sebahagian orang ada yang akhirnya berbahagia dengan sebab perkara-perkara tersebut, bahkan sebaliknya ada juga yang celaka. Ini adalah sebagaimana Firman Allaah Ta’aala:

“Adapun manusia, apabila Robb-nya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi kesenangan oleh Allaah, maka dia pun berkata: “Tuhanku telah memuliakanku.” Adapun bila Robb-nya mengujinya lalu membatasi rizqinya, maka dia berkata: “Tuhan-ku telah menghinakanku.” Sekali-kali tidak (demikian)…” (QS. Al-Fajr 15-17)

Maka dari sini, manusia itu terbagi menjadi tiga golongan:

1, Golongan yang bertambah derajat kedudukannya dengan kurnia tersebut.

2, Golongan yang dengan sebab perkara tersebut melenceng ke arah ancaman mendapat adzab Allah.

3, Dan satu golongan lagi yang dengan keupayaan luar biasa tersebut tidak mengubah apa-apa pun dan di anggap tidak ubah seperti perkara-perkara biasa lainnya saja.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thohawiyah, m/s. 215 – Tahqiq Achmad Muchammad Syakir).

Kesimpulan akhir :

Setiap kejadian diluar kemampuan manusia biasa pada umumnya (karomah), maka harus dikembalikan kepada Syari'at. yaitu lihatlah keseharian orang tersebut dalam menjalankan Titah Allah (Kitabullaah) dan Sunnah Nabiyullaah. Namun apabila kita temukan sesutu yang berselisih dari keduanya setelah kita tahu seseorang itu sholih, maka ''diam dari padanya adalah selamat''.

Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3:

إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرها ليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم. .

“Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tashawwuf dan kesempurnaan zahirnya tidak sesuai bagi syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Kerana sebagian dari pada kalimah atau perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya dari pada isi al Quran al Karim, dan haditsnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”

Semoga kita dapat mengambil hikmahnya......

0 komentar:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.